Aug 29, 2011

Nak balik raya?

Assalamualaikum sahabat-sahabatku 
Ramadhan sudah berakhir
bulan Syawal pula menjelma :)
kita dah habis pun puasa sebulan
Alhamdulillah..
diharapkan tahun depan kita masih diberi umur yang panjang untuk tunaikan ibadah puasa ya
*AMIN

pejam celik pejam celik esok,Hari Raya Aidilfitri 
rasanya macam kelmarin aku baru mula puasa..
ahhaha merepek apa?

sekarang aku tengah mengalami kejutan..
bukan kejutan elektrik..tapi kejutan mercun yang amat DAHSYAT
YAY!
ramai yang main mercun sampai lupa diri orang lain tengah solat
adik-adik,lain kali main "pop pop" saja *saranan*
aku pun main pop pop - walaupun nampak lekeh tapi sangat best
kuat sangat bunyi mercun sampai aku tak dapat nak beza bunyi bom dengan mercun
entah-entah kat luar tu bunyi bom 
ha?

okay sebenarnya aku nak buat pengakuan  bahawa....
aku suka sangat tengok Raya Tak Jadi -.-
haha apa yang tak kena dengan statement ni?
aku jarang tengok cerita Melayu
cerita ni bagi aku tak berhenti gelak!
air liur sampai meleleh masa gelak
ahhaha aku bohong
dah dua kali aku tengok cerita ni
tapi setiap kali buka channel astro tu mesti dah nak dekat tamat cerita
grr nasib tak menyebelahi aku
lagu raya dia pun best jugak..LAWAK..

okay aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua pengikut blogku
dan kepada semua umat Islam
raikan hari raya dengan gembira dan jangan lupa untuk hadirkan diri ke masjid ya
ha!raya pun raya juga tapi jangan lupa!
negara kita,MALAYSIA akan sambut Hari Kebangsaan 31 Ogos ni
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan

SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA! 
 

 

Aug 20, 2011

Selamat Hari Lahir Tomodachi

Assalamualaikum  
PBM bermula hari jumaat yang lalu heheh
sebenarnya, aku agak malas nak update tapi...tangan aku rajin pulak menaip
ahhaha aku berhasrat nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk seorang sahabatku ini
heheh
FARAH WANIE HAPPY BIRTHDAY

tewo tewo wanie wanie *aku tak tau lyric haha
tapi bila dengar lagu ni aku teringat Farah Izwani :D
mungkin Keroro mirip wajah Farah?

Farah ni la kawan sekelas dan kawan satu dorm dengan aku
dia berada di tingkat atas katil aku [katil double decker]
selalu goyang-goyang katil! aku asyik terjaga malam zzz
perangai dia "gila-gila" macam aku jugak
Farah kadang-kadang agak matang dan kalut *macam mak orang
selalunya dia yang bangun awal dan kejut kami
"HOI,bangun pukul 5.30 dah!!!"
BISING BETUL! grrr

sebenarnya..birthday Farah kelmarin 
tapi budak dorm aku saja sambut awal sebab nak bagi Farah terkejut
*DIA TAK TERKEJUT SIKIT PUN huh
kami plan nak ambil kain songket Jumaat dia
tapi bila cari-cari tak jumpa la pulak
locker dia pun selalu dikunci! sangat tertib si Farah ni
disebabkan kurang berhasil plan tu..
aku cadangkan kawan-kawan aku untuk ambil baju batik Farah
ahhaha kalau Farah baca mesti dia sensitif
*SORRY!GOMEN!

ayat Farah masa 1st dia tau baju dia hilang :
"wargghh! baju batik aku hilang !!"
"ishh geram aku! siapa yang ambil baju aku memang nak mampus ah !"
dia marah Che Pah
aku tak tahan gila-gila dengar Che Pah cerita kat kami
Che Pah macam nak menangis kena marah

aku tak tau apa yang terjadi dalam dorm lepas balik sembahyang Tarawih
balik-balik tengok Farah diam membeku atas katil *tidur zz..
selalunya dia suka buat hingar sampai dengar di groundfloor


setiap pagi hari Jumaat ahli dorm aku kena buat duty toilet dengan bilik iron 
tapi hari tu kami tengok semua dah clear..bersih..rapi
Farah buat duty tu seorang diri hah
kesian Farah :(
mesti dia marah sangat

masa nak buat surprise dekat Farah..
aku laa tukang fesyen memperagakan baju batik Farah
tapi baju batik tu aku ikat kat tengkuk
ahhaha fesyen kuno apa ni?
dari awal Farah memang nampak bengang
dia tarik baju batik dari tengkuk aku
aku tercekik ugh

Farah kata dia dah tau apa yang kami plan 
betul??
kiranya birthday surprise ni tak menjadi ugh
SIA-SIA AKU TERCEKIK


Aug 5, 2011

One Ok Rock !

Di Malaysia ada tak peminat One Ok Rock 
mesti adakan..tapi aku jarang jumpa Malaysian yang suka OOR.Kenapa?

ramai sangat bilangan orang Malaysia yang suka K-POP sekarang ni
aku baru-baru ni 'agak' dimarahi oleh seorang perempuan di Facebook sebab tak kenal artis K-POP
*sorry pengetahuan aku kurang kalau orang tanya pasal K-POP

aku dah lama tertunggu-tunggu bila OOR nak terbang ke Malaysia 
nak tengok TORU main gitar dengan comel meow

ONE OK ROCK BILA NAK DATANG MALAYSIA?


 
All Content © 2011-2013 ASUMA. All Rights Reserved.