Nov 30, 2011

Happy December ☺

Happy December, everyone ! 
aku sangat perlukan Doraemon untuk balik ke masa silam..
Doraemon!!watashi o tasukete!


oh! aku nyaris terlupa
Sabtu ni kakak aku sambut birthday dia yang ke-23 tahun
ya masa berlalu dengan sangat pantas..
aku tak sempat nak berseronok dalam jangka masa pendek ni -.-
SELAMAT HARI LAHIR KAKAK!  
happy busday to u u u!!




Nov 29, 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum
maaf kawan-kawanku sebab aku lambat wish Maal Hijrah
aku agak sibuk main game kebelakangan ni
jadi diharapkan tahun baru ni kita semua berubah jadi yang lebih baik !
insya-Allah boleh .. kan?
semoga semua benda yang diinginkan juga akan menjadi kenyataan ... aku pun sama lah .
haha ok bye !



The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it.The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke. –Prophet Muhammed (saw)





Nov 18, 2011

GREYSON CHANCE

Assalamualaikum
Greyson Chance dah banyak kali datang Malaysia
tapi aku tak pernah pergi sekali pun konsert dia
ahhaha
apa-apa pun Greyson ni suara dia BEST!
yoi 

                        

Nov 17, 2011

わおお!!

Assalamualaikum 
ah aku mendapati lukisan di bawah ni amat menarik
bukan lukisan maksud aku kreativiti menggunakan ASCII
sangat menakjubkan




THE END ! 
sikit saja pun ahhaha

Aug 29, 2011

Nak balik raya?

Assalamualaikum sahabat-sahabatku 
Ramadhan sudah berakhir
bulan Syawal pula menjelma :)
kita dah habis pun puasa sebulan
Alhamdulillah..
diharapkan tahun depan kita masih diberi umur yang panjang untuk tunaikan ibadah puasa ya
*AMIN

pejam celik pejam celik esok,Hari Raya Aidilfitri 
rasanya macam kelmarin aku baru mula puasa..
ahhaha merepek apa?

sekarang aku tengah mengalami kejutan..
bukan kejutan elektrik..tapi kejutan mercun yang amat DAHSYAT
YAY!
ramai yang main mercun sampai lupa diri orang lain tengah solat
adik-adik,lain kali main "pop pop" saja *saranan*
aku pun main pop pop - walaupun nampak lekeh tapi sangat best
kuat sangat bunyi mercun sampai aku tak dapat nak beza bunyi bom dengan mercun
entah-entah kat luar tu bunyi bom 
ha?

okay sebenarnya aku nak buat pengakuan  bahawa....
aku suka sangat tengok Raya Tak Jadi -.-
haha apa yang tak kena dengan statement ni?
aku jarang tengok cerita Melayu
cerita ni bagi aku tak berhenti gelak!
air liur sampai meleleh masa gelak
ahhaha aku bohong
dah dua kali aku tengok cerita ni
tapi setiap kali buka channel astro tu mesti dah nak dekat tamat cerita
grr nasib tak menyebelahi aku
lagu raya dia pun best jugak..LAWAK..

okay aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua pengikut blogku
dan kepada semua umat Islam
raikan hari raya dengan gembira dan jangan lupa untuk hadirkan diri ke masjid ya
ha!raya pun raya juga tapi jangan lupa!
negara kita,MALAYSIA akan sambut Hari Kebangsaan 31 Ogos ni
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan

SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA! 
 

 

Aug 20, 2011

Selamat Hari Lahir Tomodachi

Assalamualaikum  
PBM bermula hari jumaat yang lalu heheh
sebenarnya, aku agak malas nak update tapi...tangan aku rajin pulak menaip
ahhaha aku berhasrat nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk seorang sahabatku ini
heheh
FARAH WANIE HAPPY BIRTHDAY

tewo tewo wanie wanie *aku tak tau lyric haha
tapi bila dengar lagu ni aku teringat Farah Izwani :D
mungkin Keroro mirip wajah Farah?

Farah ni la kawan sekelas dan kawan satu dorm dengan aku
dia berada di tingkat atas katil aku [katil double decker]
selalu goyang-goyang katil! aku asyik terjaga malam zzz
perangai dia "gila-gila" macam aku jugak
Farah kadang-kadang agak matang dan kalut *macam mak orang
selalunya dia yang bangun awal dan kejut kami
"HOI,bangun pukul 5.30 dah!!!"
BISING BETUL! grrr

sebenarnya..birthday Farah kelmarin 
tapi budak dorm aku saja sambut awal sebab nak bagi Farah terkejut
*DIA TAK TERKEJUT SIKIT PUN huh
kami plan nak ambil kain songket Jumaat dia
tapi bila cari-cari tak jumpa la pulak
locker dia pun selalu dikunci! sangat tertib si Farah ni
disebabkan kurang berhasil plan tu..
aku cadangkan kawan-kawan aku untuk ambil baju batik Farah
ahhaha kalau Farah baca mesti dia sensitif
*SORRY!GOMEN!

ayat Farah masa 1st dia tau baju dia hilang :
"wargghh! baju batik aku hilang !!"
"ishh geram aku! siapa yang ambil baju aku memang nak mampus ah !"
dia marah Che Pah
aku tak tahan gila-gila dengar Che Pah cerita kat kami
Che Pah macam nak menangis kena marah

aku tak tau apa yang terjadi dalam dorm lepas balik sembahyang Tarawih
balik-balik tengok Farah diam membeku atas katil *tidur zz..
selalunya dia suka buat hingar sampai dengar di groundfloor


setiap pagi hari Jumaat ahli dorm aku kena buat duty toilet dengan bilik iron 
tapi hari tu kami tengok semua dah clear..bersih..rapi
Farah buat duty tu seorang diri hah
kesian Farah :(
mesti dia marah sangat

masa nak buat surprise dekat Farah..
aku laa tukang fesyen memperagakan baju batik Farah
tapi baju batik tu aku ikat kat tengkuk
ahhaha fesyen kuno apa ni?
dari awal Farah memang nampak bengang
dia tarik baju batik dari tengkuk aku
aku tercekik ugh

Farah kata dia dah tau apa yang kami plan 
betul??
kiranya birthday surprise ni tak menjadi ugh
SIA-SIA AKU TERCEKIK


Aug 5, 2011

One Ok Rock !

Di Malaysia ada tak peminat One Ok Rock 
mesti adakan..tapi aku jarang jumpa Malaysian yang suka OOR.Kenapa?

ramai sangat bilangan orang Malaysia yang suka K-POP sekarang ni
aku baru-baru ni 'agak' dimarahi oleh seorang perempuan di Facebook sebab tak kenal artis K-POP
*sorry pengetahuan aku kurang kalau orang tanya pasal K-POP

aku dah lama tertunggu-tunggu bila OOR nak terbang ke Malaysia 
nak tengok TORU main gitar dengan comel meow

ONE OK ROCK BILA NAK DATANG MALAYSIA?


Jul 1, 2011

Thailand?

Assalamualaikum 
hari ni aku PBM !
seronok.sangat seronok hehe
ada la masa sikit aku nak check blog ni -meowmeow-
tapi kena beringat jugak sebab kerja sekolah itu TETAP ada  
ahhaha

sebenarnya aku nak share sekilas cerita
aku akan bertolak ke Thailand pada 9 July ni
tripnya 3 hari 2 malam
hehe

trip ni bukan untuk bersenang-senang..santai-santai 
TAK!
kami,17 orang sahaja yang pergi Thailand
lawatan ni lebih kepada nak eratkan hubungan antara sekolah aku dengan sekolah Decha Pattanayanukul
oi pelik nama tu hehe
kami akan dapat 'buddy' sorang satu nanti
'buddy' tu nanti bawa kami jalan-jalan,sembang-sembang etc

dua tiga hari ni kami practice untuk persembahan di Thailand nanti 
persembahan kami tentang perkahwinan masyarakat Melayu
uh..aku sebagai penari joget
memang amat tak sesuai
lagu tarian joget tu : bertepuk tepuk tangan
penari-penari sekolah aku keras-keras belaka
ahhaha selalu kena tegur "Ni kenapa menari keras sangat macam batu ?"
mungkin batu dalam Bikini Bottom lebih keras?
aku tak tau ~

sebenarnya aku ni tukang merenjis pengantin ja 
tapi aduhai..
kesian aku tengok kawan satu dorm aku ni,Ifa..
dia risau..sangat sangat risau sebab dia kata dia tak pandai menari
akhirnya aku yang 'memandai-mandai' ni menggantikan tempat Ifa
ahhaha jadilah aku salah seorang penari joget 'keras'
tapi agak seronok masa Sir Suhaimi puji aku pandai menari
mungkin lembut sedikit? *tak tau lah
yang pasti chicken dance aku boleh hihi
SEMUA ORANG PON BOLEH OHOH.

cerita aku macam dah tak jadi sekilas..
sangat panjang ahhaha
aku sangat buntu..apa aku nak beli untuk buddy aku di Thailand nanti?
nantilah aku fikirkan..

HEY ASMA BILA PULA NAK PERGI JEPUN?


Jun 7, 2011

Thank you

Assalamualaikum 

lama aku tak post sini
sebabnya lama dah aku xboleh on9 huaaa :'(
kat asrama memang ada kemudahan komputer
tapi yang ramai seqebu situ pelajar laki ja
tak suka betoi..

aha~
sebenaqnya aku nak ucap "TERIMA KASIH" kat followers aku
sebab sudi follow blog aku ni
hehe 

                        Doumo arigatou gozaimasu :)


Apr 29, 2011

PBM :D

Assalamualaikum  

ni nak cqita nii..
hari2 aku menanti saat-saat PBM ni  
dalam kelas kalau cikgu tak masuk aku sorang ja duk kira berapa hari lagi nak balik rumah
siap buat kalendar sendiri lagi tuu woow!

hampa rasa mana lagi best , asrama ka rumah 
kalau aku, aku pilih rumah
sbb aku boleh main game , online dgn study bila-bila masa
tidoq pun ikut time aku
tapi memanglahkan..asrama mana sama dengan rumah

ni la jadual aku haqi2. maw x boring ak duk asrama. ulang benda yang sama..tapi nak buat camna..nama pun pelajar..kita kenalah belajar segala-galanya (belajaq benda yg baik2 ja na)

                  Pagi    :   SEKOLAH
  2.40 - 4.40 p.m  :  Makan then pergi PREP petang
  4.40 - 6.30 p.m  :  Solat Asar then riadah 
             6.30 p.m  :  Mandi , Solat maghrib (Jemaah )
              8.30 p.m :  PREP malam
           10.30 p.m  :  Balik dorm, tengok jadual,terus tidur (11.00p.m)
            11.30 p.m :  ASPURI..light off !

ulang-ulang-ulang
benda yang sama..kecuali hari sabtu and ahad
jadual lain sikit
TAPI memang best kalau hujung minggu sebab boleh OUTING dengan kawan dan PARENTS MAI
MELAWAT!
Y-A-Y!!

Mar 24, 2011

Jatuh Tangga

Assalamualaikum

Siapa yang tinggal di asrama mesti ada banyak pengalaman pahit manis  
tahun ni aku first time tinggal di asrama dan asrama bukannya tempat yang aku suka
aku betul-betul tak suka TAPI.. aku kena tinggal di asrama juga sebab tu SBP uuh

baru-baru ni aku telah accident dengan teruk di tangga asrama sekolah aku
oh sungguh seronok dan bukannya selalu aku nak guling di tangga
jarang-jarang laa ahhaha
pagi-pagi buta lagi pengawas buat announcement suruh bangun kosongkan locker
aku sangat blur..kenapa kena kosongkan locker pulak? 

aku pukul 11.30 p.m. dah tidur time tu
dalam dorm akulah orang yang paling awal tidur
tak boleh..exam ke tak..aku tetap kena tidur awal
sebabnya aku tak nak mengantuk dalam kelas
tapi masalahnya..seawal-awal tu pon aku tidur ,dalam kelas aku tidur jugak ahhaha
itulah masalah kritikal budak-budak SBP -meowmeow- 

waktu tu,aku dah dibuai mimpi.
tiba-tiba kawan satu dorm aku kejut aku kata ada pengumuman kat luar 
aku memang sangat blur ..dengar kata pulak kena kosongkan locker
aku agak marah,geram grrrr 
ganggu waktu tidur aku oi

masa kawan aku kejutkan tu pukul 1 pagi - baru aku perasan
aduhai pengetua suruh kosongkan locker sebab esoknya ada pelajar mana entah nak tinggal di asrama kami
aku yang mamun ni angkut semua barang aku letak di tingkat bawah asrama
dorm aku sudah la tingkat 3
jenuh aku angkat barang..kalah king kong..barang terlalu banyak,berat uhh
time tu jugak kaki aku nak terselit 
tengah angkut barang naik turun naik turun tiba-tiba kaki aku terselit
JATUH 

mulanya tak rasa sakit..
aku siap nak tergelak sebab ada budak junior lalu-lalang kat situ
MALUNYA..tapi aku buat slumber ja macam tak dak apa-apa berlaku
ahhaha bila aku naik dorm ja tengok-tengok jari aku berdarah
baru rasa sakit yang teramat sangat
mungkin jari aku tersepit-berdarah
budak dorm aku tercengang tengok aku yang macam nak menangis ni
padahal benda kecil jaa boleh settle ahhaha
akhirnya kawan 'baik' aku Ben a.k.a Azleen menderma plaster kat aku
ahhaha mesti buruk time aku jatuh tangga tu
teringin nak tengok balik 

Ben pon pernah mengalami nasib yang sama macam aku
jatuh lebih teruk dari aku
aku tergelak 'TERUK' dengar cerita dia
dia kata dia jatuh dari atas tangga sampai ke bawah
kalah drama Hindustan tu Ben oii
ahhaha macam mana kau guling-guling atas tangga tu aah?
HEBAT! 

p/s - aku amat bersimpati dengan Ben, si ulat bulu ahhaha sebab tak dapat tiket nak balik
Perak.aku harap dia seronok dapat tumpang Farah GP balik rumah dia 


....

Assalamualaikum..

wow 1st post!  
aku betoi2 tak dak idea nak letak title apa kat sini -.-
sebenaqnya , aku ni dah lebih kurang 5/6 kali buat blog tapi satu pon tak menjadi! haha
kenapa ah? aku pun tak tau..aku tak pandai sangat berblogging ni.
(ahhaha tapi nak buat jugak blog ohohoi )
semua blog yang aku pernah buat dah habeh di 'delete' haha

aku harap blog ni aku tak delete dan tolonglah jangan DELETE!  
ok tu ja nak habaq -.-

p/s - sapa saja.. mai la melawat blog aku. ARIGATOU



 
All Content © 2011-2013 ASUMA. All Rights Reserved.