Apr 17, 2013

Shingeki No Kyojin

Assalamualaikum
Okay..Shingeki No Kyojin ni apa sebenarnya?

Aku mula kenal ngan Shingeki no Kyojin ni tiga hari yang lalu..anime ni baru keluar lagi,kalau tak silap aku,7 April 2013.genre anime ni menarik perhatian aku..jadi aku try tengok SNK.ternyata memang best best best !lukisan dia sangat cantik dan jalan cerita dia memang amat menakutkan bagi aku.first time aku tengok,malam tu aku dapat nightmare dsebabkan armored titan yang mengerikan tu.setakat ni aku baru tengok dua episod SNK sebab masih tunggu yang eng sub punya.
SNK cerita pasal kehidupan manusia zaman dulu-dulu(zaman bila aku tak tau)diorang ni tinggal dalam tiga lapisan dinding yang dah direka kuat..memang tinggi dinding tu.dinding2 tu direka sebab nak elakkan diorang dari diserang TITAN-manusia gergasi yang menakutkan.ramai yang yakin TITAN tak dapat menembusi dinding2 tu..tapi akhirnya dinding tu pecah juga sebab satu giant ni dah musnahkan dinding tu.TITAN yang lain mulalah bergerak masuk ke dalam~semua manusia mula jadi trauma dan takut,ramai yang dah dimakan TITAN.

watak utama SNK-Eren,seorang budak laki yang bersemangat tinggi nak hapuskan semua TITAN.mak Eren tak benarkan dia sertai pasukan tentera yang melawan TITAN-sebabnya ramai tentera yang mati.sampai sekarang diorang masih tak dapat maklumat yang betul pasal TITAN.Eren jadi geram masa last tengok mak dia mati dimakan seekor TITAN.sejak dari hari tu,dia berazam nak masuk tentera dan nak bunuh semua TITAN yang ada.Mikasa,adik angkat(kalau tak silap) ngan Armin join Eren masuk pasukan tentera tu..

best sangat cerita niaku dah tak larat nak karang panjang2.nak tau cerita SNK lebih lanjut,hampa tengoklah sendiri anime ni teehee. *kita sama2 tengok SNK..aku pun tak habis lagi menonton*.bagi aku anime ni memang terbaik,macam SAO.

okay itu saja.selamat menonton SNK! 


 
All Content © 2011-2013 ASUMA. All Rights Reserved.